Friday 8 June 2012

Ishhh!!! Teruknya Putar Belit

Berikut ialah satu e-mel dari pihak Gardenia yang menerangkan apa yang sedang berlaku.

E-mel ini bukan bersifat rasis. Hanya untuk menunjukkan bagaimana sesetengah pihak sanggup menggunakan kempen tidak beretika untuk bersaing dalam pasaran produk tempatan. Kempen tidak beretika ini melibatkan sentimen perkauman, satu hal yang sensitif dalam masyarakat kita.

Baca e-mel ini.


Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera

Anda mungkin pernah melihat atau mengetahui tentang satu usaha yang begitu fokus dan bersepadu yang dipercayai dilakukan oleh sekumpulan siber trooper upahan yang melancarkan berbagai putar belit dan pembohongan terhadap Gardenia. Segala putar belit dan pembohongan ini dilakukan dengan cara mendewa dewakan seorang tokoh perniagaan dari kalangan masyarakat Cina. 

Rentetan putar belit dan pembohongan tersebut adalah seperti berikut: 

1. Pada hujung November 2011, e-mel dalam bahasa Inggeris bertajuk Boycott Gardenia (UMNO) bread mula disebarkan di kalangan masyarat Cina. 

“Let’s support the new Massimo bread by Robert Kuok and boycott Gardenia bread owned by UMNO crony, Syed Mokhtar’s Tradewind group.”

Mesej tersebut kemudian menambah :

”Massimo bread has finally arrived in Penang. During promotion the wheat germ bread is sold at only RM2.50 as oppose RM3.20, go check it out.” 

2. Beberapa hari kemudian, SMS dalam bahasa Cina pula dilancarkan yang lebih kurang bunyinya, 

“Semua orang Malaysia patut tahu Gardenia dulu membeli tepung dari FFM (Federal Flour Mill – syarikat sekumpulan Italian Bakers pembuat roti Massimo) yang dimiliki Robert Kuok. Oleh sebab itu Gardenia berhenti membeli tepung dari FFM bila Bernas ambil alih. Sekarang semua orang tahu sebab mengapa Robert Kuok memulakan perniagaan Massimo.

 Bila bumiputra tak dapat ambil alih syarikat orang lain, mereka berhasrat pula untuk ambil alih pelanggan terbesar syarikat tersebut.” 

3. Dalam waktu yang sama juga, satu laman facebook yang kononnya ditujukan kepada penyokong PKR dan DAP berbunyi:-

“UMNO BN menipu asset orang-orang Cina lagi! Mari kita beramai-ramai berkongsi perkara ini. Semua orang Malaysia patut tahu yang sebenarnya. Massimo dibuka oleh Raja Gula Robert Kuok. Bagi kepentingan orang-orang jahat parti tersebut, UMNO menipu syarikat gula Robert Kuok di Perlis.

Sekarang, mereka mahu menganiaya produk baru Robert Kuok! Ini adalah produk yang baru diperkenalkan oleh Robert Kuok. Ini kerana selepas keluarga isteri Najib ambil alih Gardenia, mereka menamatkan kontrak dengan FFM (yang mempunyai perhubungan perniagaan yang lama dengan Gardenia). Jenama ini (Massimo) diperkenalkan oleh Robert Kuok untuk menjaga kepentingan FFM dan pekerja-pekerja.

Sebelum itu, Gardenia membeli tepung dari FFM. Sejak Gardenia diambil alih oleh Bernas, mereka menamatkan kontrak dengan FFM kerana ia dimiliki oleh Robert Kuok.

Wow, Melayu UMNO, tak dapat menipu FFM, mereka ambil alih pula pelanggannya yang terbesar.

UMNO kata mereka tidak perlu sumbangan perniagaan dari bangsa-bangsa lain!

 Mari kita beritahu semua peniaga Cina. 

4. Menjelang Disember 2011, isu Gardenia/Massimo ini menjadi topic hangat di alam siber yang secara keseluruhannya berkisar dengan kempen menggalakkan boikot terhadap Gardenia sambil memuja-muja Robert Kuok. 

5. Pada pertengahan Mac 2012, usaha memboikot Gardenia sambil memuja-muja Robert Kuok diperhebatkan di mana sesorang yang menamakan dirinya Lim Chen Yen menulis di facebook dalam bahasa Cina yang begitu lancang dan menghina yang terjemahannya lebih-kurang:

“Bila Robert Kuok memulakan industri gula, kerajaan tidak membenarkannya untuk menaikkan harga gula. Bagaimanapun, apabila UMNO mengambil alih industri gula bukan sahaja harga gula meningkat bahkan subsidi gula juga ditarik balik.

 Bila FFM ditubuhkan, UMNO menggunakan Syed Mokhtar untuk mengambil alih Bernas yang kemudiannya mengambil alih Gardenia pada masa yang sama. Gardenia adalah pelanggan terbesar FFM pada waktu itu. Mereka berhenti berurusan dengan FFM kerana kerajaan hendak memastikan Robert Kuok menjual FFM.

Robert Kuok tentunya adalah orang yang kuat dan dia tidak meminta balasan daripada orang yang pernah ditolongnya. Bagi tidak mensia-siakan kerja kuatnya selama bertahun-tahun dan juga bagi memelihara kebajikan pekerja-pekerjanya, dia memutuskan menggunakan FFM untuk membeli The Italian Bakers Sdn Bhd yang pada waktu itu tidak begitu maju. Dia kemudian menggaji Jimmy Chang untuk mengurus syarikat roti tersebut. Dengan itu, FFM telah menemui satu sumber pendapatan lain dan meneruskan perniagaan secara bebas. Akhirnya mereka dengan jayanya memulakan satu jenama yang keseluruhannya baru, Massimo, roti yang sihat, untuk bersaing dengan Gardenia kroni UMNO.

Kisah ini memberitahu kita bahawa UMNO dan kroni sebenarnya tiada apa-apa melainkan sebagai perampas. Mereka membina rejim yang korup dengan menyalahgunakan kuasa dan wang. Pada masa orang-orang Cina senyap-senyap bekerja keras untuk negara, orang-orang UMNO ini membuli orang-orang Cina dengan mencuri harta-harta mereka.

Isu FFM ini hanyalah kes yang kecil. Dalam sejarah, syarikat seperti syarikat bas Cina, syarikat beras, minyak masak dan lain-lain syarikat pengilangan telah dirampas/diambil alih oleh UMNO.

 Hari ini, UMNO menggula-gulakan orang ramai dengan memberi RM500. Esok mereka akan membuat kita membayar balik dengan simpanan/harta kita kepada mereka. Adakah anda masih mahu mengundi untuk UMNO?

Adakah anda masih mahu mengundi UMNO yang menggunakan kuasa untuk membuli kebudayaan dan harta orang-orang Cina?”. 

 6. Dalam satu lagi facebook berbahasa Cina bertarikh 16 Mac 2012 putar belit berbaur perkauman yang lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan apa yang ditohmahkan di perkara (5) di atas terus menerus dipanjang-panjangkan. 

7. Tidak cukup dengan tohmahan tanpa henti seperti contoh-contoh di atas, pada pertengahan Mei lepas, e-mel dalam bahasa Inggeris seperti berikut telah mula disebarkan: 

“Ignorant ah peks and ah sohs are still buying Gardenia. STOP BUYING GARDENIA! EACH LOAF YOU BUY WILL MEAN 16 SEN GOES TO UMNO’S ELECTION WARCHEST. And it never gets mouldy. The preservatives will kill you. BUY ANY BRAND EXCEPT GARDENIA. If you do, you are killing this nation! "

8. Kesimpulannya, perkara-perkara yang tidak benar dan putar belit telah digunakan sewenang-wenangnya demi mengeksploitasi emosi masyarakat Cina dan apa jua kebencian di kalangan mereka terhadap pihak pemerintah dialihkan kepada Gardenia. Lebih melampau lagi, mereka telah menggunakan gambar dari laman web “Rat found baked into loaf of bread” (klik untuk melihat) dan meletakkannya di Facebook (klik untuk melihat) dan mendakwa roti itu adalah roti Gardenia. 

9. Sehubungan itu, sekiranya anda tidak bersetuju dengan kebencian sebegini yang sengaja ditimbulkan untuk kepentingan sempit mana-mana pihak dan jika anda IKHLAS percaya kepada kebenaran, keadilan dan kesamarataan, tolong majukan kiriman ini untuk dikongsi bersama dengan rakan atau kenalan dan sama-sama kita bantu membantu menegakkan kebenaran. 

10. Maklumat mengenai berbagai pemalsuan lain boleh didapati di:-               http://gardenia.com.my/wordpress 

Salam hormat,
Hazlinah Harun 
Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd

2 comments:

  1. Ini patut diwar-warkan supaya semua warga siber tahu perkara yang sebenar.

    ReplyDelete
  2. Maaf Eli. Tak perasan pulak ada komen di sini. Terima kasih kerana melawat blog ini.

    ReplyDelete