Friday 29 June 2012

Jangan lah Bandingkan Epal Dengan Oren

Bila Gardenia mula melancarkan usaha mempertahankan diri dari serangan berbaur perkauman yang dilakukan oleh penyokong Massimo, ada lah pulak mamat dan minah yang perasan liberal dan berpendidikan tinggi yang susah hati melihat orang Melayu bersatu menentang pembohongan Massimo. Hairan sungguh lah species yang ini. Bila Massimo mempolitikkan dan memainkan sentimen perkauman dalam memburuk burukkan Gardenia, mereka senyap menikus. Saat Gardenia bangkit menangkis fitnah Massimo, mereka meluru dengan label rasis kepada Gardenia. Senget sungguh lah. 

Lawak juga melihat bagaimana puak yang mendabik dada perasan mereka sangat handal dalam kira mengira boleh bermati matian membandingkan roti wheatgerm Massimo adalah lebih baik dari roti wholegrain Gardenia. Perbuatan begini adalah seperti orang putih cakap membandingkan epal dengan oren. Lepas tu boleh pulak mereka merumuskan harga massimo lebih rendah, rasa massimo lebih sedap, kualiti massimo lebih baik [entah apa yang dimaksudkan dengan kualiti]. Padahal, jika kita letakkan maklumat yang terdapat pada bungkusan kedua dua roti, kita akan dapat maklumat ini.  



Maklumat ini membandingkan fakta kandungan nutrien dalam roti wheatgerm massimo yang dikatakan berharga RM 2.50 [malah ada yang mendakwa harganya RM2.25] dan roti wholegrain Gardenia yang sejak dari mula keluar lagi harganya RM3.40. Sila perhatikan bahawa roti wheatgerm Massimo tu tak ada beza dengan roti putih biasa dan berada dalam kategori yang lain dari roti wholegrain. 

 Nanti kita tanya En Google.

Thursday 28 June 2012

Untung Besar Punya Pasal - Rumusan

Artikel yang disiarkan di sini jelas menyatakan pendirian penulisnya yang "sangat membenci perkauman dalam apa jua bentuk – terang terangan, tersembunyi, secara halus dan semuanya. Sikap lancang sekumpulan rakyat Malaysia berketurunan Cina yang terlampau cauvinis dalam urusan perniagaan terlampau bersifat perkauman. Amat keji sekali!"

Penulisnya juga melihat bagaimana mereka mengkritik Mahathirisme, Ibrahim Ali dan Perkasa kerana menuduh DAP sebagai anti Melayu, anti raja, pro republic, anti langkah langkah afirmatif dsbnya demi menakut nakutkan pengundi Melayu supaya merasakan tiada pilihan lain selain UMNO/BN. Namun, pada masa yang sama, mereka pula melabelkan setiap isu yang melibatkan UMNO dan Syed Mokhtar Bokhari sebagai perkauman.

Seterusnya penulis ini juga meragui apa sebab sebenar Robert Kuok meninggalkan perniagaan gula dengan tergesa gesa. Benarkah Robert Kuok dipaksa sedangkan dia menjual sahamnya pada harga pasaran semasa. Penilus juga menekankan bahawa kerajaan telah memberi subsidi tepung, minyak dan gula kepada Robert Kuok selama 50 tahun yang berjumlah berbilion ringgit setiap tahun.

Dalam hal ini, perniagaan siapa yang mengaut keuntungan yang dibiayai pembayar cukai?

Melaga lagakan Gardenia dengan Robert Kuok dan roti Massimo keluaran FFM kemudian menuduh UMNO memulas tangan dan meminggirkan kepentingan perniagaan orang Cina adalah tuduhan tidak berasas. Buat masa ini, Gardenia mendapatkan bekalan tepung berformula dari keluarga Teh di Perak. Beberapa pembekal utama lain dimiliki Indonesia dan Australia.

Jadi dari mana datangnya cerita yang perniagaan kepunyaan orang Cina Malaysia dirampas oleh kerajaan/UMNO?

Mereka yang berkempen memboikot Gardenia menghina akal rakyat Malaysia dengan menceduk gambar tikus mati dalam roti dari akhbar The Telegraph, UK dan menyiarkannya di Facebook.

Ada ke rakyat Malaysia yang begitu pendek akal untuk mempercayai helah bodoh begitu?

Penulis artikel ini juga menyebut pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia hampir menyiapkan siasatan mereka. Pastinya tidak lama lagi, identiti mereka yang amat rasis ini akan terbongkar dan mereka akan didakwa.

Mari lah kita sama sama berdoa semoga kebenaran akan muncul dan menghapuskan pembohongan.

Agaknya kalau orang Melayu pakat pakat boikot barangan keluaran FFM seperti dalam gambar di bawah ni, apa reaksi rakyat Malaysia?

Cuba pakat boikot minyak Sri Murni tapi ramai ramai pakat beli minyak SAJI keluaran Felda. Jangan beli tepung gandum cap sauh dan cap kunci tapi beli cap Bunga Cempaka keluaran Malayan Flour Mills kepunyaan keluarga Teh. Pakat beli sadin cap Ayam.Boleh?


Thursday 21 June 2012

FAKTA 2 DAN 3

FAKTA 2

Walaupun mempunyai pegangan saham 30% dan ada wakil dalam lembaga pengarah Gardenia, Bernas TIDAK PERNAH campur tangan dalam sebarang operasi atau pengurusan Gardenia; apatah lagi memaksa Gardenia membeli tepung dari sebarang syarikat kepunyaan Syed Mokhtar. Malah, selama 25 tahun mengeluarkan roti, Gardenia tidak pernah membeli walau satu gram tepung gandum dari mana mana syarikat tepung samada milik Bernas, Syed Mokhtar Bokhari atau UMNO. Empat dari tujuh orang pengarah yang berada di dalam lembaga pengarah Gardenia (termasuk 2 orang dari Bernas) adalah rakyat Malaysia. Fakta ini boleh disahkah melalui carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. 

FAKTA 3 – PALING PENTING 

Sudah lebih 10 tahun Gardenia tidak lagi membeli tepung dari Federal Flour Mills (FFM) milik Kumpulan Robert Kuok!!! Oleh itu maklumat palsu yang sengaja diada adakan dan disebarkan dengan meluas pada bulan November 2011 yang mengatakan bahawa Bernas atau Syed Mokhtar atau Rosmah tiba tiba mengarahkan Gardenia supaya menamatkan urusan dengan FFM sebenarnya langsung tidak berasas. 

Setiap syarikat pembuatan roti mempunyai rumusan tepung dan bahan bahan rahsia untuk rangkaian produk seperti roti putih, wholemeal, ban, wafel dsbnya. Gardenia memutuskan untuk berpisah dengan FFM sejurus selepas 1998 apabila FFM membekalkan tepung rumusan kepada pesaing Gardenia. Gardenia beralih membeli tepung dari pengilang lain kerana timbul isu percanggahan kepentingan dengan FFM yang tidak dapat diselesaikan. 

Jelas di sini bahawa langkah Gardenia beralih kepada pengilang tepung tempatan yang lain semenjak 1998 merupakan keputusan komersial dan perniagaan bagi melindungi rahsia perdagangan. Soal perkauman langsung tidak ada kena mengena dengan hala tuju strategik syarikat baik dulu maupun sekarang. 

Walau apa jua pun, Gardenia telah mendapat tahu tentang niat FFM untuk melancarkan jenama roti sendiri sebelum mereka melaksanakannya pada tahun 2011. Hanya sibodoh yang membiarkan pesaing mengaut untung dari titik peluhnya! 

Bersambung 

dari sini

 

Thursday 14 June 2012

Untung Besar Punya Pasal - Fakta 1

Fakta 1: QAF Ltd. yang disenaraikan di Bursa Saham Singapura memiliki 70% saham Gardenia. Baki 30% pegangan saham telah dijual pada kadar premium kepada BERNAS sejajar dengan syarat yang ditetapkan oleh MITI dalam pemberian lesen pengeluaran kepada Gardenia dalam tahun 2001. Perkara ini berlaku lama sebelum Syed Mokhtar mengambil alih BERNAS melalui Tradewinds pada tahun 2009 dan Rosmah belum muncul di Putrajaya! Semenjak menubuhkan operasi di Malaysia pada tahun 1986, Gardenia telah melabur lebih RM800 juta dalam 5 loji dan fasiliti pengeluaran (mematuhi syarat Halal sepenuhnya), kesemuanya di Shah Alam Lembah Kelang. Sehingga kini, Gardenia menggaji kira kira 2,500 kakitangan di mana 2,200 darinya adalah warga tempatan. CEO syarikat serta pengurus atasan dan para pegawai semuanya warga Malaysia. Syarikat tidak menggaji warga Singapura atau mana mana warga negara lain selain dari 300 pekerja asing yang terlibat dalam kerja kerja pengeluaran, pembungkusan dan pengedaran.

Bersambung ...

dari sini 

Tuesday 12 June 2012

Untung Besar Punya Pasal

Tidak syak lagi Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (“Gardenia – Sungguh Enak Dimakan Begitu Saja”) telah berjaya menguasai industri bekalan roti di Malaysia melalui kerja keras dan persaingan sihat yang merupakan lambang serta asas kepada amalan pasaran bebas dan demokrasi.

Sehingga akhir tahun 2011, Gardenia mungkin telah menguasai 90% dari pasaran roti tempatan. Ini bukan dalam sekelip mata. Gardenia telah mengubah cara pembuatan roti dan produk berkaitan serta sistem pengedaran ke seluruh negara.

Kesedaran pengguna yang meningkat telah menuntut formulasi roti, pilihan dan pembuatan, penyimpanan, pengedaran dan tahap kebersihan yang lebih baik. Roti Gardenia tidak mudah berkulat bukan secara kebetulan. Kilang kilang baru dan moden dibina dari mula dengan teliti. Sistem dan piawaian baru dalam industri perlu ditetapkan serta kakitangan dilantik dan dilatih untuk persijilan Halal dan ISO. Sesungguhnya keusahawanan sejati dan persaingan pasaran bebas adalah 90% usaha dan 10% inspirasi!



Keuntungan yang diperolehi dari dominasi sebegini pastinya mengundang pesaing yang ingin berkongsi pasaran Gardenia walaupun terpaksa melaburkan lebih dari RM100 juta untuk membina kilang pengeluaran roti yang baru. Jika kita mengambilkira kos bagi menubuhkan sistem pengedaran untuk membekalkan roti segar ke pasaraya besar, pasaraya dan mini market setiap hari ke seluruh negara, pastinya ini bukan permainan budak budak amatur atau mereka yang berharap untuk buat duit cara mudah kemudian lesap. Inilah perkara yang menyulitkan Gardenia hari ini.

Bila perniagaan besar berebut pasaran; kebenaran dan keadilan sering dikorbankan demi keuntungan dan dalam kes ini, untung yang amat besar. Sementara pesaing Gardenia menafikan penglibatan mereka dan tiada sebab untuk mencurigai mereka, penyokong penyokong senyap yang licik dan mencurigakan, sibuk mengeksploitasi isu perkauman dan politik dalam usaha mengalihkan pelanggan Gardenia kepada pesaingnya. Hantu hantu internet serta kempen Facebook mempromosikan ”Boikot Gardenia” secara melampau dengan dakwaan tanpa bukti dan menyeleweng contohnya bagi setiap roti Gardenia yang dibeli, 16 sen akan dimasukkan ke tabung Rosmah dan UMNO/BN! Pengarang misteri e-mel dan lain lain serangan keji yang ganas dan bersifat perkauman ini mensasarkan kaum Cina secara khusus untuk mengubah kebiasaan makan dan belian mereka kepada jenama pesaing.

Maka, di mana harus kita bermula? Tentulah dengan FAKTA!  

... bersambung

dari sini

Friday 8 June 2012

Ishhh!!! Teruknya Putar Belit

Berikut ialah satu e-mel dari pihak Gardenia yang menerangkan apa yang sedang berlaku.

E-mel ini bukan bersifat rasis. Hanya untuk menunjukkan bagaimana sesetengah pihak sanggup menggunakan kempen tidak beretika untuk bersaing dalam pasaran produk tempatan. Kempen tidak beretika ini melibatkan sentimen perkauman, satu hal yang sensitif dalam masyarakat kita.

Baca e-mel ini.


Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera

Anda mungkin pernah melihat atau mengetahui tentang satu usaha yang begitu fokus dan bersepadu yang dipercayai dilakukan oleh sekumpulan siber trooper upahan yang melancarkan berbagai putar belit dan pembohongan terhadap Gardenia. Segala putar belit dan pembohongan ini dilakukan dengan cara mendewa dewakan seorang tokoh perniagaan dari kalangan masyarakat Cina. 

Rentetan putar belit dan pembohongan tersebut adalah seperti berikut: 

1. Pada hujung November 2011, e-mel dalam bahasa Inggeris bertajuk Boycott Gardenia (UMNO) bread mula disebarkan di kalangan masyarat Cina. 

“Let’s support the new Massimo bread by Robert Kuok and boycott Gardenia bread owned by UMNO crony, Syed Mokhtar’s Tradewind group.”

Mesej tersebut kemudian menambah :

”Massimo bread has finally arrived in Penang. During promotion the wheat germ bread is sold at only RM2.50 as oppose RM3.20, go check it out.” 

2. Beberapa hari kemudian, SMS dalam bahasa Cina pula dilancarkan yang lebih kurang bunyinya, 

“Semua orang Malaysia patut tahu Gardenia dulu membeli tepung dari FFM (Federal Flour Mill – syarikat sekumpulan Italian Bakers pembuat roti Massimo) yang dimiliki Robert Kuok. Oleh sebab itu Gardenia berhenti membeli tepung dari FFM bila Bernas ambil alih. Sekarang semua orang tahu sebab mengapa Robert Kuok memulakan perniagaan Massimo.

 Bila bumiputra tak dapat ambil alih syarikat orang lain, mereka berhasrat pula untuk ambil alih pelanggan terbesar syarikat tersebut.” 

3. Dalam waktu yang sama juga, satu laman facebook yang kononnya ditujukan kepada penyokong PKR dan DAP berbunyi:-

“UMNO BN menipu asset orang-orang Cina lagi! Mari kita beramai-ramai berkongsi perkara ini. Semua orang Malaysia patut tahu yang sebenarnya. Massimo dibuka oleh Raja Gula Robert Kuok. Bagi kepentingan orang-orang jahat parti tersebut, UMNO menipu syarikat gula Robert Kuok di Perlis.

Sekarang, mereka mahu menganiaya produk baru Robert Kuok! Ini adalah produk yang baru diperkenalkan oleh Robert Kuok. Ini kerana selepas keluarga isteri Najib ambil alih Gardenia, mereka menamatkan kontrak dengan FFM (yang mempunyai perhubungan perniagaan yang lama dengan Gardenia). Jenama ini (Massimo) diperkenalkan oleh Robert Kuok untuk menjaga kepentingan FFM dan pekerja-pekerja.

Sebelum itu, Gardenia membeli tepung dari FFM. Sejak Gardenia diambil alih oleh Bernas, mereka menamatkan kontrak dengan FFM kerana ia dimiliki oleh Robert Kuok.

Wow, Melayu UMNO, tak dapat menipu FFM, mereka ambil alih pula pelanggannya yang terbesar.

UMNO kata mereka tidak perlu sumbangan perniagaan dari bangsa-bangsa lain!

 Mari kita beritahu semua peniaga Cina. 

4. Menjelang Disember 2011, isu Gardenia/Massimo ini menjadi topic hangat di alam siber yang secara keseluruhannya berkisar dengan kempen menggalakkan boikot terhadap Gardenia sambil memuja-muja Robert Kuok. 

5. Pada pertengahan Mac 2012, usaha memboikot Gardenia sambil memuja-muja Robert Kuok diperhebatkan di mana sesorang yang menamakan dirinya Lim Chen Yen menulis di facebook dalam bahasa Cina yang begitu lancang dan menghina yang terjemahannya lebih-kurang:

“Bila Robert Kuok memulakan industri gula, kerajaan tidak membenarkannya untuk menaikkan harga gula. Bagaimanapun, apabila UMNO mengambil alih industri gula bukan sahaja harga gula meningkat bahkan subsidi gula juga ditarik balik.

 Bila FFM ditubuhkan, UMNO menggunakan Syed Mokhtar untuk mengambil alih Bernas yang kemudiannya mengambil alih Gardenia pada masa yang sama. Gardenia adalah pelanggan terbesar FFM pada waktu itu. Mereka berhenti berurusan dengan FFM kerana kerajaan hendak memastikan Robert Kuok menjual FFM.

Robert Kuok tentunya adalah orang yang kuat dan dia tidak meminta balasan daripada orang yang pernah ditolongnya. Bagi tidak mensia-siakan kerja kuatnya selama bertahun-tahun dan juga bagi memelihara kebajikan pekerja-pekerjanya, dia memutuskan menggunakan FFM untuk membeli The Italian Bakers Sdn Bhd yang pada waktu itu tidak begitu maju. Dia kemudian menggaji Jimmy Chang untuk mengurus syarikat roti tersebut. Dengan itu, FFM telah menemui satu sumber pendapatan lain dan meneruskan perniagaan secara bebas. Akhirnya mereka dengan jayanya memulakan satu jenama yang keseluruhannya baru, Massimo, roti yang sihat, untuk bersaing dengan Gardenia kroni UMNO.

Kisah ini memberitahu kita bahawa UMNO dan kroni sebenarnya tiada apa-apa melainkan sebagai perampas. Mereka membina rejim yang korup dengan menyalahgunakan kuasa dan wang. Pada masa orang-orang Cina senyap-senyap bekerja keras untuk negara, orang-orang UMNO ini membuli orang-orang Cina dengan mencuri harta-harta mereka.

Isu FFM ini hanyalah kes yang kecil. Dalam sejarah, syarikat seperti syarikat bas Cina, syarikat beras, minyak masak dan lain-lain syarikat pengilangan telah dirampas/diambil alih oleh UMNO.

 Hari ini, UMNO menggula-gulakan orang ramai dengan memberi RM500. Esok mereka akan membuat kita membayar balik dengan simpanan/harta kita kepada mereka. Adakah anda masih mahu mengundi untuk UMNO?

Adakah anda masih mahu mengundi UMNO yang menggunakan kuasa untuk membuli kebudayaan dan harta orang-orang Cina?”. 

 6. Dalam satu lagi facebook berbahasa Cina bertarikh 16 Mac 2012 putar belit berbaur perkauman yang lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan apa yang ditohmahkan di perkara (5) di atas terus menerus dipanjang-panjangkan. 

7. Tidak cukup dengan tohmahan tanpa henti seperti contoh-contoh di atas, pada pertengahan Mei lepas, e-mel dalam bahasa Inggeris seperti berikut telah mula disebarkan: 

“Ignorant ah peks and ah sohs are still buying Gardenia. STOP BUYING GARDENIA! EACH LOAF YOU BUY WILL MEAN 16 SEN GOES TO UMNO’S ELECTION WARCHEST. And it never gets mouldy. The preservatives will kill you. BUY ANY BRAND EXCEPT GARDENIA. If you do, you are killing this nation! "

8. Kesimpulannya, perkara-perkara yang tidak benar dan putar belit telah digunakan sewenang-wenangnya demi mengeksploitasi emosi masyarakat Cina dan apa jua kebencian di kalangan mereka terhadap pihak pemerintah dialihkan kepada Gardenia. Lebih melampau lagi, mereka telah menggunakan gambar dari laman web “Rat found baked into loaf of bread” (klik untuk melihat) dan meletakkannya di Facebook (klik untuk melihat) dan mendakwa roti itu adalah roti Gardenia. 

9. Sehubungan itu, sekiranya anda tidak bersetuju dengan kebencian sebegini yang sengaja ditimbulkan untuk kepentingan sempit mana-mana pihak dan jika anda IKHLAS percaya kepada kebenaran, keadilan dan kesamarataan, tolong majukan kiriman ini untuk dikongsi bersama dengan rakan atau kenalan dan sama-sama kita bantu membantu menegakkan kebenaran. 

10. Maklumat mengenai berbagai pemalsuan lain boleh didapati di:-               http://gardenia.com.my/wordpress 

Salam hormat,
Hazlinah Harun 
Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd

Thursday 7 June 2012

Pembohongan Mengenai Roti Gardenia

Sakit hati betul lah melihatkan sebahagian dari mereka yang mengaku rakyat negara ini tapi terlalu taksub dengan negara asal nenek moyang mereka. Mereka mempamerkan sikap perkauman yang tebal dalam pendidikan, politik dan amalan perniagaan.

Ambil contoh cara mereka mempromosi roti Massimo.

Caranya ialah dengan memboikot roti Gardenia.

Alasan mereka ialah roti Gardenia dipunyai oleh Syed Mokhtar Bukhari seorang usahawan Melayu.

Roti Massimo dipunyai oleh Robert Kuok.

Berbagai bagai tohmahan dilemparkan kepada roti Gardenia menerusi blog, forum, sms dan FB.

Boleh baca di sini

Patut ke kita biarkan sahaja mereka berleluasa?