Bila Gardenia mula melancarkan usaha mempertahankan diri dari serangan berbaur perkauman yang dilakukan oleh penyokong Massimo, ada lah pulak mamat dan minah yang perasan liberal dan berpendidikan tinggi yang susah hati melihat orang Melayu bersatu menentang pembohongan Massimo.
Hairan sungguh lah species yang ini. Bila Massimo mempolitikkan dan memainkan sentimen perkauman dalam memburuk burukkan Gardenia, mereka senyap menikus. Saat Gardenia bangkit menangkis fitnah Massimo, mereka meluru dengan label rasis kepada Gardenia. Senget sungguh lah.
Lawak juga melihat bagaimana puak yang mendabik dada perasan mereka sangat handal dalam kira mengira boleh bermati matian membandingkan roti wheatgerm Massimo adalah lebih baik dari roti wholegrain Gardenia. Perbuatan begini adalah seperti orang putih cakap membandingkan epal dengan oren. Lepas tu boleh pulak mereka merumuskan harga massimo lebih rendah, rasa massimo lebih sedap, kualiti massimo lebih baik [entah apa yang dimaksudkan dengan kualiti]. Padahal, jika kita letakkan maklumat yang terdapat pada bungkusan kedua dua roti, kita akan dapat maklumat ini.
No comments:
Post a Comment